Oleh Yusoff A. Shariff
GAMBAR Muzium Terapung Feri Pulau Pinang yang dalam keadaan condong menimbulkan persoalan mengenai kemungkinan ia akan tenggelam.
Menurut sumber, terdapat kebocoran di bahagian bawah, hingga menyebabkan feri tersebut condong.
Feri ‘Pulau Pinang’ itu dijadualkan dibuka kepada orang ramai sebagai muzium pada akhir tahun ini.
Pada 3 Okt, ia ditarik dari Bagan Dalam, Seberang Prai dan ditempatkan sementara di Terminal Pelayaran Jeti Sweetenham (SPCT).
Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Yeoh Soon Hin dalam satu kenyataan ringkas berkata syarikat swasta, Printhero Merchandise (M) Sdn Bhd yang melakukan kerja-kerja pembaikan dan baik pulih feri itu akan mengambil langkah untuk menangani masalah itu.
“PPC telah meminta laporan terperinci daripada syarikat itu,” tambah Yeoh.
-BTS Media