BTS Media

Feri baharu Pulau Pinang dilancarkan di limbungan kapal Vietnam

Oleh Zainal AS Rashid

BEBERAPA gambar feri baharu Pulau Pinang, yang kini berada di sebuah limbungan kapal di Haiphong, Vietnam, telah muncul di media sosial.

Tertulis ‘Teluk Bahang’ pada bahagian badan, feri tersebut telah mencetuskan keterujaan orang ramai.

Bagaimanapun, di sebalik keterujaan itu, tidak kurang ramai juga yang bertanyakan tentang nasib feri lama yang begitu nostalgik bagi generasi lama rakyat Malaysia. Mereka berharap feri lama itu akan dikembalikan ke perkhidmatan.

Jurucakap Penang Port Sdn Bhd berkata feri itu, yang pertama daripada empat yang ditauliahkan, akan dihantar ke Pulau Pinang antara Jun dan Ogos, lapor The Star.

“Ia akan menjalani ujian ke atas air di Vietnam sebelum (di hantar ke) Pulau Pinang di mana ia akan diuji semula sebelum memulakan perkhidmatan.

“Feri selebihnya akan tiba secara berperingkat,” kata jurucakap itu.

Perkhidmatan feri dua tingkat yang lama, dengan keupayaan mengangkut penumpang dan kenderaan, telah ditamatkan pada 2021 kerana kos penyelenggaraan yang tinggi.

-BTS Media

Leave a Comment