BTS Media

Penumpang Singapura, Malaysia tidak dapat naik kerana kapal persiaran terlebih tempahan

GAMBAR ATAS: Shin Min Daily News.

 

Oleh Zainal AS Rashid

BERPULUH penumpang dari Singapura dan Malaysia yang telah membuat tempahan pakej kapal persiaran Genting Dream tidak dapat menaikinya setelah dimaklumkan bahawa pelayaran terlebih tempahan.

Pelayaran itu dijadualkan berlepas dari Singapura pada Ahad (4 Sept), berlabuh di Pelabuhan Klang pada Isnin, Pulau Pinang pada Selasa, belayar semula ke Singapura pada Rabu, dan kembali ke Pelabuhan Klang pada Khamis, lapor Shin Min Daily News.

Bagaimana pun, lebih seratus penumpang tidak dapat menaiki kapal itu di Pusat Pelayaran Marina Bay di Singapura pada Ahad.

Beberapa penumpang dari Malaysia juga diberitahu perkara yang sama pada Isnin, tetapi tidak jelas berapa ramai yang terjejas.

Kapal persiaran itu boleh membawa 3,352 penumpang.

Jurucakap Resorts World Cruises (RWC) berkata bahawa pelayaran Ahad dari Singapura telah melebihi tempahan.

Tetapi, dia berkata bahawa semua penumpang yang terjejas akan menerima bayaran balik penuh. Mereka juga akan menerima pelayaran percuma menaiki Genting Dream untuk pelayaran sebelum 28 April 2023, tertakluk pada ketersediaan kabin.

Namun demikian, dalam notis dihantar kepada penumpang di Malaysia yang dilihat oleh The Straits Times, RWC juga berkata beberapa tetamu dengan tempahan yang disahkan akan terjejas dan mungkin tidak dibenarkan menaiki kapal di terminal pelayaran Pelabuhan Klang.

Gambar yang disiarkan pada Isnin (5 Sept) oleh Shin Min Daily News menunjukkan barisan panjang penumpang di Pusat Pelayaran Marina Bay, manakala yang lain duduk menunggu bersama bagasi mereka.

RWC, salah satu daripada dua laluan pelayaran yang beroperasi di Singapura, menyambung semula pelayaran pada 15 Jun, selepas Genting Hong Kong mengalami masalah kewangan.

RWC menggunakan kapal persiaran Genting Dream, yang dikendalikan oleh Dream Cruises milik Genting Hong Kong.

-BTS Media

Leave a Comment