Oleh Fetty Rara
SELEPAS hampir dua tahun, terminal kapal persiaran di Jeti Swettenham, Pulau Pinang kembali meriah dengan ketibaan lebih 3,000 pelancong hari ini (Sabtu 2 Jul).
Ketibaan kapal persiaran Royal Carribean Spectrum of the Seas dari Singapura itu amat dinantikan oleh pemandu pelancong, pemandu teksi, penarik beca dan para peniaga di George Town.
Mereka berbaris menunggu di pintu masuk terminal untuk menawarkan pelbagai pakej pelancongan dan pilihan pengangkutan untuk bersiar-siar di pulau itu.
Rata-rata ketibaan kapal persiaran antarabangsa itu ke Pulau Pinang disambut baik oleh semua lapisan sektor pelancongan, kerana ia akan memanfaatkan industri tersebut.
Ketibaan kumpulan pelancong sebesar itu juga akan mencetuskan kemeriahan di George Town bersama pelancong tempatan yang memilih pulau tersebut untuk bercuti.
Ketibaan kapal itu dianggap sebagai detik permulaan bagi persinggahan oleh kapal-kapal persiaran lain pada masa akan datang.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) Tan Teik Cheng berkata kapal persiaran Spectrum of the Seas akan singgah dua kali seminggu di Pulau Pinang.
Bagi persinggahan pertama ini kapal itu akan berlepas pada pukul 6.00 petang (2 Julai) ke destinasi seterusnya.
-BTS Media