Oleh Fetty Rara
SERAMAI 140 penumpang dan anak kapal yang menaiki feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam apabila tali tersangkut pada kipas kapal pada kira-kira pukul 8 malam Isnin (15 Mei).
Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), feri itu terkandas kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.
Beliau memberitahu media bahawa aset APMM dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memantau kerja-kerja yang dijalankan syarikat feri, dan semua penumpang selamat tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 tengah hari ini,” katanya pada Selasa (16 Mei).
Sementara itu, pengurus sumber manusia dan operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata feri itu terkandas dengan hanya berbaki 0.9km dalam perjalanan.
Beliau berkata, kipas feri itu tersangkut pada tali yang dipercayai hanyut di perairan menyebabkan perjalanan tertangguh.
-BTS Media