GAMBAR ATAS: BTS Media.my
Oleh Zainal AS Rashid
PERKHIDMATAN feri baharu yang menghubungkan Pulau Langkawi, dan wilayah Krabi di selatan Thai akan memulakan operasinya tidak lama lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Nasaruddin Abdul Muttalib berkata perkhidmatan feri Langkawi-Koh Lanta itu merupakan inisiatif terbaharu untuk meningkatkan pelancongan di kedua-dua destinasi.
Perkara itu dibincangkan semasa lawatan kerja menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn, yang mengetuai delegasi 28 pegawai, di Langkawi pada Jumaat.
“Mereka mencetuskan idea untuk memulakan perkhidmatan feri Langkawi-Koh Lanta,” kata Nasaruddin kepada media selepas menghadiri sesi perbincangan dengan pengusaha pelancongan Langkawi di Kuah pada Isnin (9 Jan).
Koh Lanta adalah pulau popular untuk pelancong domestik dan antarabangsa di wilayah Krabi.
Nasaruddin berkata pengendali perkhidmatan feri, Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd telah bersetuju untuk mengendalikan laluan baharu itu.
Tambahnya, kerjasama strategik antara Langkawi dan Koh Lanta akan dipertingkatkan lagi melalui perbincangan rasmi melibatkan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand, Pelancongan Malaysia dan LADA.
-BTS Media