BTS Media

Orang ramai serbu kaunter JPJ untuk selesai saman trafik diskaun 50% sehingga 30 Dis

KAUNTER Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara dilaporkan sesak dengan orang ramai untuk menyelesaikan saman trafik tertunggak susulan tawaran diskaun 50 peratus yang berlangsung sehingga 30 Disember ini.

Inisiatif selama dua bulan itu mendapat sambutan luar biasa apabila ramai mengambil peluang untuk menjelaskan saman lama dengan potongan yang besar.

Di beberapa negeri, pemandu dilaporkan segera berurusan di kaunter JPJ sebaik mengetahui mengenai tawaran tersebut. Ada yang membayar separuh daripada jumlah asal saman kesalahan seperti memandu laju atau gagal menggunakan lorong motosikal.

Beberapa pemandu kenderaan komersial turut mengambil kesempatan untuk melangsaikan saman lama tertunggak, termasuk yang berkaitan dengan cukai jalan dan pemeriksaan kenderaan.

Diskaun 50 peratus ini meliputi kebanyakan kesalahan trafik kecuali yang sedang dalam tindakan mahkamah atau melibatkan kemalangan.

-BTSMedia.my

Leave a Comment