BTS Media

Tindakan Mat Rempit halang ambulans di lebuh raya cetus kemarahan orang ramai

SEBUAH video tular memaparkan sekumpulan Mat Rempit melakukan aksi berbahaya dan menghalang laluan ambulans di Lebuhraya Utara-Selatan, mencetuskan kemarahan ramai di media sosial.

Klip 43 saat itu, dimuat naik oleh pengguna TikTok @syafievans, menunjukkan ambulans yang membawa pesakit cedera terhalang apabila beberapa penunggang motosikal melakukan aksi “Superman” dan tidak memberi laluan walaupun siren serta hon dibunyikan.

Pemandu ambulans berkenaan menzahirkan rasa kecewa terhadap tindakan tidak bertanggungjawab itu, yang disifatkannya sebagai mengancam nyawa pesakit.

Perkara tersebut  mengundang kecaman daripada orang ramai, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mat rempit terlibat.

Btsmedia.my

Leave a Comment