SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Menurut Pengerusi SPR, Ramlan Harun, hari penamaan calon akan berlangsung pada 15 November manakala pengundian awal dijadualkan pada 25 November.
Beliau berkata seramai 1,784,843 pengundi layak dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kali ini.
Kenyataan itu dibuat selepas beliau mempengerusikan mesyuarat khas berhubung PRN Sabah ke-17 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di Kota Kinabalu, hari ini.
Pada 6 Oktober lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dilaporkan mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada pelaksanaan PRN tersebut.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan, manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
 – BTSMedia.my