BTS Media

Sembilan lagi rakyat Malaysia sertai flotila ke Gaza, tidak gentar risiko dirahan Zionis

SEMBILAN lagi sukarelawan Malaysia telah menyertai sebuah flotila antarabangsa yang menuju ke Semenanjung Gaza, bagi meneruskan usaha untuk memecah sekatan Israel ke atas wilayah Palestin itu.

Menurut sumber,ereka adalah sebahagian daripada kontinjen global yang terdiri daripada kira-kira 100 sukarelawan yang menaiki 11 buah kapal.

Misi yang dianjurkan di bawah naungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan inisiatif Thousand Madleens to Gaza (TMTG) itu disertai oleh pelbagai golongan peserta termasuk doktor perubatan, ahli politik, wartawan, dan aktivis antarabangsa.

Kumpulan sukarelawan terbaharu ini meneruskan misi sejurus selepas penahanan 23 lagi rakyat Malaysia oleh tentera Israel yang merupakan sebahagian daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebelum ini.

Sepuluh buah kapal yang terlibat dalam misi itu telah belayar dari Itali pada 27 September.

kapal layar Conscience, yang membawa sukarelawan Malaysia,  dilancarkan dari Porto Otranto, Itali, pada 30 September.

  – BTSmedia.my

 

Leave a Comment