SUSULAN aduan sebuah syarikat tayar Itali, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan Ops Grip bagi menyiasat sindiket penyeludupan tayar dan pemalsuan dokumen secara besar-besaran.
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, operasi risikan itu bermula selepas syarikat Eropah berkenaan mengadu tentang kebimbangan terhadap aktiviti mencurigakan, termasuk kemasukan tayar tiruan dan barangan import yang tidak diisytiharkan ke negara ini.
-BTS Media