BTS Media

Segamat Dilanda Gempa Bumi Kelima dalam Tempoh Lima Hari

SATU gempa bumi berukuran 3.4 magnitud dikesan berlaku di Segamat, Johor pada jam 4.24 pagi, Jumaat.
Ini merupakan gempa bumi kelima yang melanda negeri tersebut dalam tempoh lima hari.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), pusat gempa terletak 22km timur laut Segamat dan berkedalaman 10km.

“Gegaran gempa ini dirasai di sekitar Johor. Jabatan akan terus memantau situasi ini,” kata MetMalaysia dalam satu hantaran di Facebook.

MetMalaysia turut meminta orang ramai yang merasai gempa bumi tersebut untuk mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7.

Sebelum ini, Segamat telah merekodkan empat gempa bumi lain, iaitu dua pada 24 Ogos, serta masing-masing satu pada 27 dan 28 Ogos, dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

  – BTS Media

 

Leave a Comment