GEMPA bumi berukuran 4.1 skala Richter melanda Johor awal pagi hari Ahad, menyebabkan gegaran di beberapa negeri lain.
Menurut kenyataan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia),
gempa itu berlaku pada pukul 6.13 pagi.
Pusat gempa terletak 5 km di barat Segamat pada 2.5° Utara dan 102.8° Timur, di kedalaman 10 km.
Gegaran dilaporkan dirasai di banyak kawasan negeri Johor, Negeri Sembilan, Melaka, dan selatan Pahang.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan tersebut.
–BTS Media