BTS Media

Ketua Eksekutif TH Plantations dipecat akibat “salah laku”

TH Plantations Berhad telah menamatkan perkhidmatan ketua pegawai eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain, atas alasan “salah laku”.

Menurut pemakluman kepada Bursa Malaysia, surat penamatan telah disampaikan kepadanya semalam.

Dalam makluman berasingan, syarikat itu berkata Zainurin dipecat susulan siasatan terhadap dakwaan “pembayaran tidak diluluskan” berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.

Tindakan diambil selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab dan diarahkan bercuti sejak 18 Julai lalu.

Zainurin dilantik ke jawatan CEO pada 1 Oktober 2021. Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) syarikat, Marliyana Omar, yang juga diberikan surat tunjuk sebab, telah meletakkan jawatan serta-merta.

-BTS Media

Leave a Comment