KEDIAMAN bekas penasihat keselamatan negara John Bolton diserbu oleh ejen-ejen FBI pada hari Jumaat.
Menurut AFP, serbuan ke kediaman beliau, yang merupakan salah seorang pengkritik Presiden Amerika Syarikat Donald Trump paling lantang itu dikatakan adalah sebahagian daripada siasatan sama ada Bolton telah kononnya secara haram memiliki atau berkongsi maklumat sulit.
Semasa penggal pertamanya, Trump telah melantik Bolton sebagai penasihat keselamatan negaranya.
Kedua-dua mereka berselisih faham selepas Bolton menerbitkan sebuah buku yang sangat kritikal tentang tempoh perkhidmatannya dalam pentadbiran tersebut.
Sejak itu, Bolton lantang mengkritik Trump, dan mengatakan bahawa beliau tidak layak menjadi presiden.
Apabila ditanya mengenai serbuan tersebut, Trump berkata bahawa dia memang tidak suka Bolton dan maklum tentang serbuan FBI itu.
Trump seterusnya memburukkan Bolton, yang dianggapnya sebagai rendah akhlak.
Susulan itu, pengarah FBI, Kash Patel, menulis di platform X bahawa “tiada sesiapa pun yang mengatasi undang-undang.”
Serbuan itu dibuat tujuh bulan selepas Trump mengarahkan supaya ditarik balik semua pengawal peribadi Bolton.
Bolton menganggap serbuan itu sebagai permulaan beberapa siri tekanan mengikut telunjuk Trump, untuk menekan dan membalas dendam terhadap pengkritiknya.
Anggota kongres dari parti Demokrat, Jamie Raskin, menyifatkan serbuan itu sebagai tekanan, selaras dengan tindakan politik dendam Trump ke atas sesiapa sahaja yang berani mengkritiknya.
-BTS Media



