BTS Media

Menteri Israel ceroboh, sembahyang di Al Aqsa

BAITULMAQDIS — Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir, telah melanggar larangan apabila bersembahyang di Al Aqsa.

Ia jelas  melanggar perjanjian dipatuhi sejak berdekad, yang melarang bukan Islam bersembahyang di situ.

Tindakan itu, yang berlaku pada hari perkabungan Yahudi, Tisha B’Av, telah mencetuskan kemarahan antarabangsa.

Semasa berada di perkarangan Masjid Al Aqsa, Ben Gvir menyeru Israel supaya “menakluki” Gaza dan menghalau penduduk Israel dari wilayah tersebut.

Tindakannya dikecam oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Palestin, Jordan, Arab Saudi, dan Hamas.

Pejabat Perdana Menteri Israel berkata bahawa dasar negara Zionis untuk mengekalkan status quo di tapak itu “tidak berubah.”

Ben Gvir, sebelum ini telah beberapa kali mengambil tindakan kontroversi dan baru-baru ini dikenakan sekatan oleh beberapa negara.


  – BTS Media

Leave a Comment