BTS Media

Trafik terhenti di Jalan Dang Wangi akibat ribuan pemprotes terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim

GAMBAR: Malay Mail

TRAFIK di Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur terhenti sepenuhnya berikutan perhimpunan besar-besaran membantah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Puluhan ribuan penunjuk perasaan yang kebanyakannya berpakaian hitam berkumpul di hadapan pasar raya Sogo dan Kompleks Pertama hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Beberapa pemimpin PAS seperti Ahli Parlimen Pasir Puteh, Nik Muhammad Zawawi Salleh dilihat sedang berucap dan menyeru perletakan jawatan serta-merta Anwar.

Nik berkata Anwar telah memungkiri semua janjinya dan menyebabkan pelabur mengelak dari Malaysia, sekali gus membantutkan ekonomi.

Beberapa penjual kelihatan menjual baju-T dengan slogan ‘Turun Anwar’, ‘subsidi hapus’ dan ‘mungkir janji’.

Ketika ucapan diteruskan, jumlah orang ramai terus bertambah. Di Dataran Merdeka, ramai pemprotes ramai mula berkumpul. Mereka mula berarak ke Dataran Merdeka pada pukul 1 tengah hari.

Protes ini kekal aman, dengan kehadiran ramai anggota polis di seluruh kawasan.

-BTS Media

Leave a Comment