GAMBAR: Harian Metro
KESESAKAN luar biasa di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada petang hari Jumaat (4 April) dikatakan berpunca daripada kenderaan yang memasuki lebuhraya dari Central Spine Road.
Seorang jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan bahawa sehingga pukul 5 petang, kesesakan trafik berlaku sepanjang lebih 40 kilometer dari Karak ke Plaza Tol Bentong dan dari Plaza Tol Karak ke Lentang.
Beliau menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kenderaan menuju ke pusat bandar adalah disebabkan oleh orang ramai yang mula pulang selepas menyambut Aidilfitri.
Sementara itu, trafik perlahan turut dilaporkan di Lebuhraya Utara-Selatan di laluan E1 dan E2.
Kesesakan arah utara dilaporkan berlaku dari Pedas Linggi ke Port Dickson, Kulai ke Sedenak, Jasin ke Ayer Keroh, serta Simpang Renggam ke Machap.
Akaun rasmi PLUS Trafik di X melaporkan kejadian kenderaan terbakar di PLUS E2 kilometer 191 arah utara antara Jasin dan Ayer Keroh dan menyebabkan kesesakan di kawasan tersebut.
-BTS Media