BTS Media

Lori bawa khemah terbakar di Lebuhraya Karak

SEBUAH lori dengan muatan khemah terbakar di Kilometer (KM) 35.1 Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak arah ke ibu kota, laluan Genting Sempah – Gombak, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian jam 7.24 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dengan kekuatan 10 anggota bersama jentera FRT, EMRS, dan Water Tanker tiba di lokasi sejauh 35 kilometer pada jam 8.08 pagi.

“Kebakaran membabitkan lori 10 tan membawa muatan khemah, dengan kemusnahan dianggarkan sebanyak 90 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan I KUP, Samsudin Saman manakala siasatan lanjut mengenai punca kebakaran sedang dijalankan.

Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/07/1420516/lori-bawa-khemah-terbakar-di-lebuhraya-karak

Leave a Comment