BTS Media

Penduduk Lenggong jangan cemas, pergerakan tentera sebahagian latihan tiga negara

GAMBAR: Bernama.

TENTERA Darat Malaysia hari ini mengumumkan latihan Keris Strike 2025 bersama tentera Amerika Syarikat dan Australia.

Latihan selama 14 hari itu dijadualkan bermula pada hari Khamis depan dan akan berlangsung di beberapa lokasi di seluruh negeri Perak, termasuk Lenggong, selain Ipoh, Sungai Siput, dan Kuala Kangsar.

Ia adalah antara usaha untuk mengukuhkan keupayaan operasi bersama, memperdalam hubungan ketenteraan dengan negara-negara berkenaan, dan meningkatkan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia bertindak balas terhadap ancaman keselamatan serantau.

Penduduk di kawasan terbabit dinasihatkan agar tidak cemas dengan kehadiran tentera asing, pergerakan kenderaan dan konvoi tentera atau aktiviti ketenteraan lain sepanjang tempoh latihan.

-BTS Media

Leave a Comment