GAMBAR: Anadolu
TENTERA Israel pada hari Sabtu telah mengarahkan penduduk di 23 perkampungan di selatan Lubnan supaya berpindah ke kawasan utara Sungai Awali, yang mengalir dari Lembah Bekaa barat ke Laut Mediterranean.
Arahan tersebut dikeluarkan melalui kenyataan tentera.
Tentera Israel berkata pemindahan diperlukan kerana peningkatan aktiviti pejuang Hizbullah, di kawasan berkenaan.
Hizbullah telah menafikan kononnya mereka menyembunyikan senjata dalam kalangan orang awam.
-BTS Media