TIGA orang maut manakala seorang kritikal selepas sebuah bot karam di perairan Pulau Perhentian, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata insiden itu dipercayai berlaku berikutan ribut di hadapan sebuah resort pada pukul 11 malam.
Beliau berkata bot itu membawa 16 orang termasuk tekong bot.
Menurutnya lagi, semua mangsa lain selamat dan masih berada di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian sementara menunggu pemindahan ke Jeti Kuala Besut.
Insiden itu dilaporkan awal kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pukul 11.48 malam, dengan maklumat awal menyatakan lapan orang cedera manakala tiga yang lain tidak mengalami kecederaan.
-BTS Media