KERAJAAN di serata dunia sedang mempercepatkan pemindahan rakyat mereka dari zon perang Israel-Iran.
Pemindahan dilapor menggunakan pelbagai kaedah pengangkutan termasuk bas, kapalterbang, dan laluan darat.
Ini berikutan kempen pengeboman Israel ke atas kemudahan nuklear dan tentera Iran, yang mendorong tindakan balas dari Tehran.
Oleh sebab ruang udara Israel telah ditutup kerana peluru berpandu Iran menghujani Israel secara berterusan, pemindahan terpaksa menggunakan laluan darat ke negara-negara jiran.
Ratusan warga Eropah dilapor tergesa-gesa meninggalkan Israel, termasuk Republik Czech dan Slovakia, yang membawa keluar lebih 181 orang rakyat masing-masing.
Jerman, Poland, Greece, dan Bulgaria menggunakan Jordan dan Mesir sebagai transit pemindahan.
Amerika Syarikat juga telah mengumumkan rancangan untuk pemindahan udara dan laut bagi warganegaranya di Israel.
Negara-negara Asia turut mengaktifkan operasi pemindahan rakyat masing-masing dari negara Zionis itu.
Dalam perkembangan yang sama, China telah memindahkan lebih 1,600 warganegaranya dari Iran dan beberapa ratus lagi dari Israel.
Seramai 1,500 rakyat Australia juga dipindahkan dari Iran, dan 1,200 orang dari Israel melalui jalan darat kerana bimbang konflik yang semakin serius.
Pakistan telah menutup sempadannya dengan Iran, dan hanya membenarkan kira-kira 1000 orang rakyatnya melintasi sempadan.
Negara-negara lain, termasuk Korea Selatan, India, Jepun, Indonesia, Vietnam, dan Filipina, juga sedang terlibat atau bersiap sedia untuk pemindahan rakyat masing-masing melalui laluan darat.
-BTS Media