KUMPULAN G7 semalam menyatakan sokongan mereka kepada Israel. Kumpulan tersebut dianggotai oleh Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom, dan Amerika Syarikat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat hari Isnin, para pemimpin negara-negara G7 lantang menuduh Iran sebagai punca ketidakstabilan di Timur Tengah dan menggesa diredakan permusuhan di rantau itu.
Perang berterusan antara Iran dan Israel, yang bermula pada hari Jumaat lalu dengan serangan udara mengejut Israel ke atas Iran, telah menimbulkan kebimbangan di rantau yang sedia tegang sejak pencerobohan ketenteraan Israel ke atas Gaza pada bulan Oktober 2023.
Dalam kenyataan tersebut, para pemimpin G7 mengesahkan “hak” Israel untuk mempertahankan diri dan mengulangi sokongan mereka terhadap keselamatan negara Zionis itu.
Mereka mendakwa bahawa Iran adalah punca utama keganasan dan ketidakstabilan serantau, dan tegar mengatakan bahawa Iran tidak boleh sesekali memiliki senjata nuklear.
Israel melancarkan serangan ke atas Iran pada hari Jumaat lalu dalam apa disebut sebagai serangan preemptif yang bertujuan untuk menghalang Tehran daripada membangunkan senjata nuklear.
Sejak itu, kedua-dua negara saling menyerang.
Iran, setakat ini merekodkan lebih 220 kematian, kebanyakannya orang awam, manakala Israel mendakwa 24 orang awam terbunuh.
Sejak bertahun Iran menafikan tuduhan kononya negara itu membangunkan mencari senjata nuklear dan menegaskan haknya untuk membangunkan teknologi nuklear bagi tujuan damai.
Iran, yang merupakan antara negara-negara yang menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) berkata mereka sentiasa mematuhi syarat-syarat di bawah perjanjian itu.
Walaubagaimana pun, Israel, yang terang-terang memiliki senjata nuklear, enggan menandatangani NPT, tetapi masih disokong oleh G7.
Lebih teruk dari itu, Israel pula dengan biadab bersembunyi di belakang kumpulan G7 dan tanpa berasa malu mempengaruhi kumpulan tersebut supaya menekan Iran agar menghapuskan keupayaan nuklearnya.
Serangan terbaharu Israel semalam menyebabkan kemusnahan pada bangunan penyiar rasmi Iran pada hari Isnin.
Susulan itu, Trump telah mengeluarkan “arahan” melalui medis sosial supaya semua penduduk Tehran mengosongkan bandaraya Iran itu.
-BTS Media