BTS Media

Kesalahan belum terbukti: Aset Naimah di UK dibekukan

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapatkan perintah mahkamah untuk membekukan aset bernilai kira-kira RM758.2 juta (£132 juta) di London.

Aset berkenaan dikaitkan dengan balu Allahyarham Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid.

Tindakan ini diambil ketika siasatan sedang berjalan, satu proses yang sudah pasti menyukarkan beliau dan keluarganya.

Hakim Mahkamah Tinggi Azahar Abdul Hamid telah meluluskan perintah ex-parte tersebut.

Menurut mahkamah aset-aset itu berpotensi mempunyai berkaitan dengan dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Aset-aset yang dibekukan termasuk dua bangunan komersial, lima kediaman mewah, dan satu akaun bank di United Kingdom.

Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengesahkan butiran ini.

-BTS Media

Leave a Comment