BTS Media

Israel umum rancangan tawan 75% Gaza, halau penduduk Palestin ke kawasan lain

TENTERA Israel (IDF) dilaporkan merancang untuk menawan 75% Gaza dan menghalau penduduk awam Palestin ke tiga zon lain.

Pengumuman ini menggariskan hasrat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk merampas dan menjajah seluruh wilayah Gaza.

IDF menganggarkan tempoh dua bulan untuk menubuhkan zon awam ini: satu di kawasan Mawasi di sepanjang pantai selatan; satu lagi di Deir al-Balah dan Nuseirat di tengah Gaza; dan yang ketiga di dalam dan sekitar Gaza City di utara.

Pasukan pertahanan Israel itu berkata kira-kira sejuta orang penduduk berada di Gaza City, 700,000 di Mawasi, dan antara 300,000-350,000 di bahagian tengah Gaza.

Tumpuan dikatakan beralih daripada membunuh pejuang Hamas kepada menawan wilayah yang dikuasai dan memusnahkan infrastruktur mereka.

Penganalisis berpendapat bahawa tindakan ini akan mengundang kecaman dunia, dan mungkin dapat memperbaiki hubungan dengan sekutu Israel, yang baru-baru ini menyuarakan kritikan keras terhadap serangan di Gaza.

Pada hari Ahad, ketua staf IDF, Eyal Zamir yang melakukan tinjauan ke Khan Younis di selatan Gaza, memberi jaminan bahawa perang tidak akan “berakhir.”

-BTS Media

Leave a Comment