BTS Media

Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang mengaku tidak bersalah atas tuduhan pecah amanah

BEKAS Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy, hari ini mengaku tidak bersalah atas 17 pertuduhan pecah amanah.

Pertuduhan tersebut melibatkan jumlah melebihi RM 800,000 dan didakwa berlaku semasa beliau memimpin Lembaga Endowmen Hindu Pulau Pinang (PHEB).

Dr. Ramasamy membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di Butterworth.

Pertuduhan terhadap beliau dikemukakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.

-BTS Media

Leave a Comment