BTS Media

Bersatu lebih Besar, Umno Yang Patut Bubar! – Muhyiddin Balas

PRESIDEN Bersatu, Muhyiddin Yassin, menolak cadangan Kelab Veteran Umno yang meminta Bersatu dibubarkan dan menyertai Umno.

Beliau menganggap cadangan itu sebagai tidak masuk akal dan sepatutnya Umno yang membubarkan diri dan menyertai Bersatu.

Beliau juga mengingatkan Setiausaha Kelab Veteran Umno, Mustapha Yaakub, bahawa Bersatu mempunyai lebih banyak Ahli Parlimen dan ADUN berbanding Umno,

Beliau berkata cadangan Mustapha, kawan lamanya, supaya Bersatu bubar dan masuk Umno sungguh lawak.

Beliau memberitahu media sambil merujuk kepada logik, dan bertanya sebaliknya kenapa pula Umno tidak bubar dan masuk Bersatu?

Muhyiddin, yang berkata demikian  selepas melancarkan pejabat Bersatu di Bahau, Negeri Sembilan,  mengulas kenyataan Mustapha yang mencadangkan agar pemimpin Bersatu membubarkan parti dan menyertai Umno, selepas Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, mencadangkan kerjasama dengan Umno.

Beliau berkata Bersatu bukan Umno, malahan ia parti yang sah, dan jumlah Ahli Parlimen Bersatu lebih ramai daripada UMNO.

Katanya, Bersatu bersama dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN), juga menguasai majoriti negeri-negeri utara.

Muhyiddin turut mengkritik Umno kerana bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan bahawa Bersatu tidak pernah berkompromi dengan prinsip parti, tidak seperti Umno yang sanggup bekerjasama dengan musuh politiknya.

-BTS Media

Leave a Comment