BTS Media

Bersatu mangsa pendakwaan terpilih – Muhyiddin

PRESIDEN BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa parti itu menjadi mangsa ‘pendakwaan terpilih’ selepas ketua penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa atas dakwaan rasuah RM6.9 juta.

Pada sidang media di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini, bekas perdana menteri itu berkata, setiap parti memerlukan dana untuk beroperasi dan ini termasuk dana daripada penyokong korporat.

Katanya, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional juga telah menerima dana daripada penyokong, dan beliau mempersoalkan mengapa pemimpin mereka tidak didakwa di mahkamah.

“Kami sebenarnya jangka ini akan dilakukan oleh kerajaan PH-BN untuk melemahkan BERSATU selepas melihat sokongan yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional (PN),” kata Muhyiddin yang juga pengerusi PN.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/21/bersatu-mangsa-pendakwaan-terpilih-kata-muhyiddin/

Leave a Comment