BTS Media

Muhyiddin nafi Azmin, Rashid akan keluar Bersatu

https://youtu.be/PLeiNqfeYtc

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan bahawa menteri kanan Datuk Seri Azmin Ali akan keluar dari parti itu.

Beliau juga menafikan bahawa kononnya timbalan speaker Dewan Rakyat, Rashid Hasnon akan keluar dari BERSATU.

Muhyiddin berkata beliau sering berbincang dengan Azmin, yang merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri

“Jadi, khabar angin ini tidak benar,” katanya kepada media.

Beliau juga berkata telah bertemu dengan Rashid, yang merupakan Ahli Parlimen Batu Pahat, semasa sambutan Raya baru-baru ini.

“Dia tidak pernah sebut mahu keluar Bersatu,” katanya lagi.

Muhyiddin juga hairan mengapa khabar angin sebegitu disebarkan, walhal pihak pelaku tidak perlu takut, kerana BERSATU hanya sebuah parti ‘kecil’.

Pada 26 Mei lepas Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin keluar dari Bersatu.

Beliau menyertai BERSATU bersama Azmin selepas dipecat daripada Parti Keadilan rakyat (PKR) pada 2020.

Berhubung kedudukan Zuraida, Muhyiddin berkata Perdana Menteri Ismail Sabri akan mengadakan pertemuannya, namun tarikh belum ditetapkan.

Muhyiddin juga mengulangi bahawa jawatan yang disandang oleh Zuraida harus diberikan kepada ahli parlimen dari BERSATU.

-BTS Media

Leave a Comment