BTS Media

Amaran baharu keselamatan Whatsapp: Lindungi diri sekarang! 

ANCAMAN virus serius sedang merebak melalui WhatsApp: Hanya dengan membuka mesej boleh menyebabkan telefon pengguna dijangkiti.  

Bahayanya terletak pada bagaimana WhatsApp disediakan secara standard, iaitu secara automatik memuat turun sebarang fail dan foto yang dihantar kepada pengguna.  

Ini bermakna lampiran berniat jahat mungkin sudah berada dalam telefon pengguna sebaik sahaja dibuka mesej chat , tanpa anda perlu mengkliknya. 

Jangan panik! Ada cara mudah untuk melindungi diri daripada risiko ini. Ikuti langkah-langkah berikut untuk membetulkan ‘setting’ (tatapan)n aplikasi WhatsApp untuk kekal selamat: 

Untuk Pengguna iPhone: Jangan dibenarkan muat turun automatik 

  • Buka WhatsApp. 
  • Ketik ikon Tetapan (setting) di bahagian bawah sebelah kanan (simbol seperti gear). 
  • Pilih “Storan dan Data.” 
  • Di bawah “Muat Turun Media Secara Automatik,” ubah tetapan untuk setiap jenis fail (Foto, Audio, Video, Dokumen) kepada “Jangan Sesekali. (No).” Lakukan sebanyak  sebanyak empat kali.
     

Untuk pengguna Android: Nyahaktifkan penyimpanan Media Automatik 

  • Pergi ke skrin utama WhatsApp. 
  • Ketik tiga titik di sudut kanan atas, kemudian pilih “Tetapan.” 
  • Scroll ke bawah dan klik “Storan dan Data.” 
  • Di bahagian “Muat Turun Media Secara Automatik,” pastikan semua kotak tidak ditandakan untuk semua jenis media di bawah Data Mudah Alih, Wi-Fi dan Perayauan. 

 Dengan mengambil tindakan pantas ini, pengguna akan mendapat kawalan ke atas apa yang dimuat turun ke telefon. Hanya luluskan setiap muat turun secara manual, bagi menghalang fail berbahaya daripada menjangkiti peranti secara automatik.  

-BTS Media/Tribune News Service 

Leave a Comment