Oleh Fetty Rara
WHATSAPP akan memperkenalkan ciri membolehkan seseorang pengguna keluar daripada mana-mana grup tanpa disedari atau perlu memberitahu grup berkenaan.
Dalam kemas kini yang akan dikeluarkan bulan ini, Whatsapp juga akan membolehkan pengguna menyekat orang lain daripada membuat tangkap layar (screenshot) mesej “View Once” (sekali baca) yang terpadam sendiri selepas dibaca.
Menurut Whatsapp, ciri untuk menyekat tangkapan skrin kini sedang diuji dan akan dikeluarkan kepada pengguna tidak lama lagi.
Pada masa ini, apabila pengguna meninggalkan grup, pemberitahuan muncul di bahagian bawah perbualan memberitahu semua ahli bahawa pengguna berkenaan telah keluar.
Walaupun sekarang ini pun pengguna sememangnya boleh menyahaktifkan ciri yang memaklumkan kepada orang lain setelah mesej dibaca, namun pengguna masih tidak dapat menyembunyikan bahawa mereka masih berada dalam talian dan menggunakan Whatsapp.
Aplikasi Whatsapp, yang dimiliki oleh syarikat Meta berkata ciri baharu ini bertujuan untuk meningkatkan tahap privasi perbualan.
-BTS Media