Oleh Yusoff A. Shariff
KETUA Bahagian UMNO Padang Rengas, Perak Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam PRU15.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada masih kekal dengan keputusannya bahawa beliau tidak akan bertanding lagi dalam pilihan raya, lapor Astro Awani.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk memberi peluang kepada muka baharu di kerusi tersebut setelah memegang Parlimen Padang Rengas selama enam pengga sejak 2004.
Beliau turut menyindir Tun Dr Mahathir Mohamed yang didakwanya tidak menunjukkan ‘contoh baik’ kerana akan mempertahankan kerusinya sebagai Ahli Parlimen Langkawi.
Mohamed Nazri, 68, adalah Ahli Parlimen Chenderoh dari 1995 hingga 2004, sebelum kawasan tersebut dipecahkan kepada dua kerusi parlimen, iaitu Lenggong dan Padang Rengas.
Sebelum ini timbul khabar kononnya beliau menarik diri kerana bimbang pencalonannya tidak akan disokong oleh presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
-BTS Media