BTS Media

Nazri Aziz bakal dilantik duta ke AS

BEKAS menteri undang-undang, Nazri Aziz, bakal menjadi duta besar ke Amerika Syarikat, kata Wisma Putra.

Perkembangan ini menyusuli khabar angin yang berlegar sejak Jun tahun lepas, bahawa bekas Ahli Parlimen Padang Rengas itu akan dilantik sebagai duta.

Kementerian Luar Negeri dalam kenyataan memaklumkan Nazri dan sembilan lain menerima watikah pelantikan sebagai ketua perwakilan diplomatik baharu daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Nazri mempunyai pengalaman luas sebagai anggota pentadbiran negara, yang mana beliau pernah menjadi menteri pelancongan dan kebudayaan, menteri pembangunan perusahaan, dan timbalan menteri kewangan.

Baca lagi: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/09/nazri-aziz-bakal-duta-besar-ke-as/

Leave a Comment