SELANGOR mencatatkan lebih 1,000 mangsa banjir.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara, sehingga pukul 6 pagi pada hari Sabtu (12 April) terdapat 1,411 mangsa banjir di seluruh daerah Petaling dan Klang.
Enam pusat pemindahan sementara telah dibuka.
Seramai 1,011 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara di Petaling, manakala sejumlah 400 mangsa banjir berlindung di dua pusat pemindahan sementara di Klang.
Banjir berikutan hujan lebat semalam (Jumaat 11 April), menyaksikan beberapa bahagian Selangor terjejas, membabitkan kawasan perumahan dan lebuh raya.
 -BTS Media