BTS Media

Lebih 1,000 pekerja asing sekat lalu lintas di Teluk Intan sebagai protes kemalangan maut

TRAFIK di Jalan Changkat Jong di Batu 8, Teluk Intan, terhenti kira-kira lima jam selepas angkara 1,000 pekerja asing berkumpul di jalan raya berikutan kemalangan maut membabitkan seorang warga Nepal.

Beberapa klip video yang viral menunjukkan pekerja asing berkumpul dan di jalan raya, menyekat lalu lintas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Bakri Zainal Abidin berkata kejadian itu berlaku pada hari Jumaat (14 Mac) kira-kira pukul 9.35 malam.

“Kami menerima laporan mengenai kemalangan maut langgar lari membabitkan pekerja asing.

“Kira-kira 1,000 pekerja asing berkumpul di jalan raya dan menghentikan aliran trafik,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Sabtu (14 Mac).

“Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

“Kami juga akan menyiasat kemalangan maut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya sambil menambah mereka yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu digesa menghubungi pegawai penyiasat Insp Mohammad Syamil Abd Manan di talian 011-1006 5817.

-BTS Media

Leave a Comment