SEORANG warga Singapura berusia 66 tahun, Lamrah Asid Ali, antara penumpang bas persiaran yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Ayer Keroh, Melaka.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata penumpang wanita itu maut di tempat kejadian dalam kemalangan yang meragut enam lagi mangsa.
Sementara itu, menurut Bernama polis juga telah mengenal pasti mangsa ketujuh sebagai Fauziah Jaafar, 69, yang merupakan salah seorang MPV tersebut.
Katanya, pemandu bas persiaran, Noorisnien Khamid, 56, dari Skudai, Johor, turut maut serta-merta dalam kemalangan pada pukul 8.40 malam berhampiran kawasan Rehat dan Rekreasi Ayer Keroh.
Kemalangan berpunca daripada tayar yang tercabut itu turut meragut lima sekeluarga, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun.
-BTS Media