KUALA LUMPUR: Lonjakan trafik biasa berlaku pada musim perayaan apabila semua kereta keluar menuju ke destinasi tertentu pada masa sama.
Susulan itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan di laman Twitter rasminya berkata, pengguna perlu mengetahui cara menggunakan lorong di lebuh raya kerana ia memberi impak kepada kelancaran trafik dan keselamatan.
Katanya, lorong kecemasan adalah laluan bagi penyelenggaraan lebuh raya, penguat kuasa dan bantuan ketika berlaku kecemasan, manakala lorong perlahan di bahagian kiri untuk laluan kenderaan berat dan kenderaan yang bergerak perlahan.
“Selain itu, lorong tengah pula bagi laluan kenderaan berat memotong atau kenderaan ringan yang bergerak laju.
“Lorong kanan pula adalah laluan memotong bagi kenderaan ringan.
“Di beberapa lokasi strategik, lorong kecemasan akan diaktifkan sebagai ‘smartlane’ bagi membantu melancarkan aliran trafik, tertakluk kepada keadaan semasa dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya.
Baca lagi: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/04/1092400/pengguna-perlu-tahu-guna-lorong-di-lebuh-raya?utm_source=bh&utm_medium=recsys