BTS Media

Ismail Sabri enam jam bersama SPRM, akan sambung kenyataannya esok

BEKAS perdana menteri Ismail Sabri Yaakob telah selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menghabiskan masa kira-kira enam jam memberikan kenyataannya hari ini dan meninggalkan bangunan SPRM pada pukul 3.14 petang.

Ahli parlimen Bera itu juga dijangka akan kembali meneruskan kenyataannya kepada SPRM esok.

Beliau enggan mengulas ketika ditanya mengenai sesinya di bangunan SPRM hari ini.

-BTS Media

Leave a Comment