BTS Media

Eda Ezrin, suami dan empat lain dibebaskan tuduhan dadah oleh mahkamah Thailand

PENYANYI wanita dari Kelantan Eda Ezrin, 30, bersama suami dan empat rakannya, telah dibebaskan dari penjara.

Mahkamah Wilayah Narathiwat membebaskan mereka daripada tuduhan dadah pada hari Khamis (6 Mac).

Mereka didakwa memiliki 6,059 pil yaba, sejenis dadah jenis methamphetamine yang biasa dikenali sebagai “pil kuda” berikutan penahanan mereka dalam serbuan di sebuah hotel berhampiran Sungai Golok, Thailand pada 1 Nov tahun lepas, lapor Sinar Harian.

Selain Eda Ezrin, suaminya (Mohd Affendi Ahmad, 35), Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, Erdieka Mohd Noor, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, turut menghadapi pertuduhan memiliki dadah.

Hakim menetapkan tarikh keputusan kes itu hari ini selepas mendengar keterangan dan saksi pendakwaan semasa perbicaraan pada 11, 13 dan 14 Feb.

-BTS Media

Leave a Comment