SUAMI seniwati Allahyarham Azean Irdawaty iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi, 72, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada petang Ahad.
Berita tersebut dikongsikan anak bongsunya, Ineesa Irdayanty menerusi hantaran di Facebook.
“Salam semua, abah baru pulang ke rahmatullah pada jam 5.12 petang di Hospital Sungai Buloh.
“Minta sedekah al-Fatihah dan doakan abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin,” katanya.
Dalam hantaran berasingan, Ineesa Irdayanty turut memaklumkan urusan mandi dan solat jenazah dilakukan pada pukul 9 pagi di Jalan SS 3/19, Taman Universiti, Petaling Jaya.
Katanya, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara, Persiaran Mahogani, Kota Damansara, Petaling Jaya.
Sementara itu, rakan artis, Sharifah Shahirah turut berkongsi mengenai khabar duka tersebut melalui Instagram.
Penyampai radio Suria FM itu turut memaklumkan bahawa arwah sentiasa mengikuti perkembangan rapat mengenai stesen radio berkenaan.
“Semoga urusan jenazah Allahyarham dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
“Arwah Abang Karl selalu mesej dan mengikuti radio Suria FM.
Baca lagi: https://www.sinarharian.com.my/article/645570/berita/hiburan/suami-azean-irdawati-meninggal-dunia