BTS Media

Pemandu hampir cedera, batang keluli terpelanting pecahkan cermin depan

SATU rakaman video dashcam menunjukkan cermin depan sebuah kereta pecah disebabkan sebatang keluli yang berada di atas Lebuhraya Lembah Klang Selatan terpelanting, lalu terhempas ke cermin depan kereta hingga pecah.

Batang keluli itu pada mulanya dilanggar kereta yang berada di hadapan, dan seterusnya terpelanting ke dan terhempas ke cermin depan kereta yang bergerak di belakang.

Orang ramai menyatakan kebimbangan mereka berikutan kejadian itu, dengan pelbagai komen menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan jalan raya.

Ada yang berkata, ia bukan kesalahan pemandu, kerana batang logam itu berada di atas jalan raya dan terpelanting dilanggar kereta di hadapan hingga terkena cermin depan kereta belakang.

-BTS Media

Leave a Comment