SETIAUSAHA Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit menolak sekeras-kerasnya sebarang cadangan untuk mengusir penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Beliau melabelkan idea itu sebagai “tidak boleh diterima” untuk wilayah tersebut.
Bercakap pada Sidang Kemuncak Kerajaan-Kerajaan Dunia di Dubai pada hari Rabu, Aboul Gheit memberi amaran, “Tumpuan hari ini adalah pada Gaza, dan esok ia akan beralih ke Tebing Barat pula untuk mengosongkan Palestin daripada penduduk yang berhak.”
Beliau menambah, “Bagi dunia Arab ini tidak boleh diterima, setelah lebih 100 tahun berjuang untuk mempertahankan hak mereka di tanah sendiri.”
Pendirian Aboul Gheit, yang dilaporkan oleh AFP, disuarakan ketika persidangan membincangkan cadangan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.
-BTS Media