BTS Media

Trump kata Amerika Syarikat akan ambil alih Semenanjung Gaza selepas penduduk Palestin diusir

PRESIDEN Donald Trump berkata Amerika Syarikat akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan membangunkannya selepas penduduk Gaza di usir ke tempat lain.

Pengumuman mengejutkan itu akan melenyapkan dasar AS terhadap konflik Israel-Palestin.

Trump mendedahkan rancangan mengejutnya itu tanpa memberikan butiran khusus, pada sidang akhbar bersama pada hari hari Selasa dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.

Pengumuman itu menyusuli cadangan mengejutkan Trump pada awal hari Selasa untuk pengusiran dan penempatan secara kekal lebih dua juta rakyat Palestin dari Gaza ke negara jiran.

Tindakan jahat dan rakus Trump itu dijangka akan mengundang kemarahan oleh negara sekutu AS dan negara yang menyokong pembebasan Palestin.

Persoalannya sekarang ialah sama ada Arab Saudi yang dilihat sebagai pro-Amerika/barat akan terus berbuat demikian dalam normalisasi hubungan dengan Israel.

Langkah AS ‘menjajah’ Gaza jelas bertentangan dengan dasar yang dipegang Washington selama ini bahawa Gaza dan tebing barat yang diduduki Zionisadalah sebahagian daripada negara Palestin berdaulat.

“AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza, dan kami akan memiliki wilayah itu,” kata Trump kepada pemberita.

Ditanya siapa yang akan tinggal di sana (Gaza) nanti, Trump berkata ia kononnya akan menjadi wilayah milik “seluruh rakyat dunia.”

Bagaimana pun, Trump tidak secara langsung menjawab soalan tentang bagaimana dan di bawah kuasa apa AS akan mengambil alih dan menjajah Gaza.

Bagi Netanyahu pula, pengumuman itu disambut dengan senyuman dan kegembiraan memandangkan AS di bawah Trump begitu akrab dengan negara Israel.

Pengusiran penduduk Palestin Gaza dari tanah air mereka jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Beberapa pejuang hak asasi manusia menganggap idea rakus Trump sebagai pembersihan etnik.

Tanpa mengambil kira pendirian bersekutu dengan AS dan barat, Arab Saudi tegas berkata sebarang percubaan untuk mengusir penduduk Palestin dari tanah air mereka akan mengesahkan bahawa negara Islam itu tidak sekali-kali akan menjalinkan hubungan dengan Israel.

-BTS Media

Leave a Comment