BEBERAPA kenderaan yang menggunakan Jalan Bendang Cheruk di Changlun, Kedah terjatuh ke dalam lubang dipercayai berpunca daripada kerja-kerja pemasangan paip pada hari Selasa (7 Jan).
Orang ramai yang mengulas di Facebook mendakwa lubang terbentuk kerana kerja-kerja Syarikat Air Darulaman (SADA).
Bagaimanapun, SADA menjelaskan bahawa projek itu tidak termasuk dalam bidang kuasanya, lapor Sinar Harian pada hari Rabu (8 Jan).
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Redzuan Salleh berkata tiada laporan polis dibuat berhubung kemalangan berpunca daripada lubang benam itu.
“Tterdapat satu laporan am di balai polis Changlun berhubung kerosakan sebuah kereta, yang akan dirujuk kepada syarikat kontraktor pembinaan,” katanya.
-BTS Media