SEORANG pemandu bas ekspres parah, manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan di lebuh raya Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Alor Gajah (SPA) di Ayer Keroh, Melaka.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka, Mohd Pisar Aziz, berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada pukul 10.38 pagi hari Rabu (8 Jan) mengenai kejadian melibatkan seramai 15 mangsa (13 lelaki dan dua wanita).
“Setiba di tempat kejadian, kami mendapati lapan kenderaan terbabit termasuk sebuah bas ekspres dan tujuh kenderaan lain: tiga lori dan dua 4WD.
“Pemandu bas lelaki itu cedera parah, manakala lapan lagi cedera ringan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Beliau berkata semua mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan.
Sementara itu, pemandu lori Ahmad Tarmizi Maan, 33, berkata, kemalangan berlaku ketika dia berhenti di persimpangan T.
“Saya sedang menunggu di lampu isyarat merah tiba-tiba terdengar bunyi rempuhan kuat dari belakang, sebelum menyedari sebuah lori yang membawa kotak telah merempuh lori saya.
“Beberapa saat kemudian, lori berkenaan dirempuh beberapa kenderaan lain,” katanya.
-BTS Media