BENTENG penahan air berhampiran Taman Seri Alam, Saujana Utama di Sungai Buloh runtuh pada petang semalam (Ahad 29 Dis), hingga menyebabkan banjir di kawasan itu.
Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar, bagaimanapun berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Menurut Ahmad Mukhlis, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Saujana Utama menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 5.15 petang, dan segera menghantar lima anggota ke lokasi.
“Pemindahan penduduk terjejas segera dilakukan dengan kerjasama PBS Saujana Utama,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Ahad.
Air telah surut pada hari yang sama, tetapi pemantauan terus dilakukan.
-BTS Media