GAMBAR: Bernama.
KUALA TERENGGANU: Hujan lebat sejak Jumaat lepas menyebabkan 13 sungai di negeri ini melebihi paras bahaya, hari ini.
Berdasarkan laman web webpublicinfobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri, sungai di Jambatan Keruak, Besut mencatatkan paras 37.99 meter (m) melebihi 35.00m.
Sungai Besut di Kampung La mencatatkan 24.30m melebihi paras bahaya, iaitu 21.80m.
Selain itu, Sungai Nerus di Kampung Langkap 21.46m (21.00 m), Sungai Setiu di Kampung Besut 18.12m (17.50m), Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri 8.82m (8.80m).
Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu juga melebihi paras bahaya dengan air 10.79m (8.40m), Sungai Berang di Kampung Menerong setinggi 25.70m (24.50m), Sungai Peneh di Kampung Menerong meningkat kepada 38.43m (37.50m), Sungai Tersat di Kampung Sekayu 23.35m (21.00m).
Turut mencatatkan kenaikan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping 19.90m (19.70m), Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja melepasi paras bahaya 39.34m dan Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (12.70m).
-Bernama