BTS Media

Paras bahaya sungai di empat negeri setakat pagi Isnin

Oleh Fetty Rara

BACAAN paras bahaya air sungai dicatatkan di empat negeri setakat pagi ini (Isnin 10 Okt).

Menurut kemas kini portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) (, bacaan di Sungai Tengi, Kuala Selangor merekodkan paras 2.31m, sementara Sungai Padang Terap, Sungai Kedah mencatatkan 14.01m.

Di Melaka, Sungai Melaka merekodkan paras 2.49m, manakala di Sarawak, tiga sungai merekodkan paras bahaya, iaitu Sungai Batang Rajang (4.73m), Sungai Salim (3.57m), dan Sungai Similajau (12.64m).

Setakat pukul 9.30 pagi, dua sungai di Negeri Sembilan, iaitu Sungai Muar di daerah Jempol dan Sungai Muar di Kuala Pilah mencatatkan paras bacaan amaran masing-masing dengan 32.24m dan 62.41m.

Turut mencecah paras amaran ialah Sungai Kesah di Melaka (3.26m) dan Sungai Kesang, Johor (3.08m).

-BTS Media

Leave a Comment