YTL Power International Bhd berkata bahawa anak syarikatnya YTL Communications Sdn Bhd telah dibersihkan daripada sebarang salah laku oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek 1BestariNet bernilai RM4.07 bilion.
“Kami merujuk kepada kenyataan kami pada 4 Sept 2024 dan 30 Okt 2024, berhubung siasatan yang dijalankan oleh SPRM terhadap Projek 1Bestarinet yang dijalankan oleh YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms).
“Kami menerima pengesahan daripada SPRM bahawa mereka telah menamatkan siasatan dan mendapati bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap YTL Comms,” katanya dalam satu kenyataan pada hari Rabu (18 Dis).
Projek 1BestariNet, yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2011 merupakan projek bagi menyediakan akses Internet berkelajuan tinggi ke sekolah bagi tujuan pembelajaran secara maya untuk pelajar
Pada bulan September, Bernama melaporkan bahawa SPRM sedang melancarkan siasatan terhadap YTL Communications berhubung projek itu.
-BTS Media